5 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej2Korea

Kami akan nyatakan 5 sebab kenapa anda mesti pilih Pakej2Korea sebagai pilihan anda dalam merancang untuk melancong ke Korea.


1. Tour Guide kami fasih berbahasa Korea.

Tour Guide guide kami semuanya fasih berbahasa Korea, Melayu dan English dan tahu selok belok tempat-tempat menarik di Korea kerana kami tinggal di Korea lebih dari 3 Tahun.
Kami merupakan student Malaysia yang tinggal di Korea.
Mudah untuk anda bergerak, membeli belah dan makan di kedai makanan Korea kerana anda mempunyai translator sepanjang anda berada di Korea.
So bila anda pilih pakej percutian kami, anda tak perlu risau mengenai sesat jalan, terlepas waktu solat, nak cari makanan halal di mana dan hal-hal berkenaan budaya kerana kami akan memastikan untuk guide anda sepanjang di Korea nanti.


2. Itinerary perjalanan sudah siap lengkap.

Pakej-pakej percutian kami semua sudah tersedia itinerary dan kami sendiri yang design sesuai dengan citarasa orang Malaysia kerana kami sudah berpengalaman lama membawa pelancong-pelancong Malaysia bercuti di Korea.
Kami tidak akan bawa anda ke tempat-tempat 'paksa beli' seperti ke kilang-kilang, kedai kosmetik, ginseng dan sebagainya.
Anda boleh pilih pakej untuk 4 hari, 5 hari atau 6 hari. Semuanya bergantung kepada anda juga anda boleh request tempat yg anda ingin pergi yang tiada dalam itinerary yang kami sediakan.
So tak perlu anda pening-pening kepala nak siapkan itinerary sebelum ke Korea dan tidak perlu google semua tempat dan sebagainya. Anda just tempah pakej dengan kami, beli tiket kapal terbang dan just rileks. Sampai di Incheon Airport, kami ambil anda dan terus berjalan seharian sehingga menghantar anda semula ke Incheon Airport untuk pulang ke Malaysia.


3. Pakej Private Tour untuk yang inginkan Privasi

Kami menyediakan Pakej Private Tour khas bagi anda yang inging melancong ke Korea bersama keluarga atau rakan-rakan anda sahaja. Kami tidak campurkan anda dengan kumpulan lain dan anda akan rasa lebih privasi.
Anda juga tak perlu risau berkenaan orang marah kat anda kalau jalan laju sangat atau anda jalan lambat sangat hehe Anda bebas untuk berjalan sesuka hati kerana anda tidak berjalan dengan orang yang anda tidak kenali. Yela, kadang-kadang ada di antara pelancong kami ni bawa baby dan anak kecil. So nak jalan tu payah la juga kan nak bawa stroller semua. Bila macam ni dan anda ikuti Pakej Join Tour seperti kebanyakkan pakej ke korea ni, anda akan rasa tidak senang la kerana risau akan perasaan hati orang lain yang mungkin marah pada anda sebab buat trip berjalan lambat hehe..
So dengan ambil Pakej Private Tour ni anda boleh jalan dengan kawan-kawan atau family sahaja dengan gembiranya .


4. Pakej Muslim Tour dan Halal Korea

Pakej kami juga untuk orang islam di Malaysia yang ingin mencari pakej percutian muslim di luar negara. Seperti yang kami maklumkan sebelum ini di point no 2 yang kami sendiri design pakej kami ini, kami memang memastikan yang pakej kami sesuai untuk pelancong Muslim dari Malaysia melancong ke Korea.
Kami akan memastikan anda dapat solat pada waktunya di tempat-tempat solat yang disediakan oleh Korea Tourism. Kalau jalan sendiri mungkin juga anda payah nak cari tempat solat yang ada dan dengan kami, kami boleh bantu anda.
Kami juga akan memastikan untuk menyediakan makanan yang halal di kedai-kedai makan yang Halal dan juga Muslim Friendly. Agak payah sebenarnya nak cari kedai Halal di Korea ni memandangkan orang Korea ni mostly bukan beragama Islam. Hanya sedikit sahaja orang Korea yang menganuti agama Islam.
Oleh kerana itu, dengan ambil pakej kami, kami boleh bantu anda selesaikan masalah ini.


5. Pakej Sepanjang Tahun

Pakej2Korea menyediakan pakej percutian ke korea sepanjang tahun iaitu di musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Musim Bunga berada di bulan Mac sehingga Mei, Musim Panas di bulan Jun sehingga Ogos, Musim Luruh di bulan September sehingga November dan manakala Musim Sejuk di bulan Disember sehingga Februari.
Anda boleh merancang perjalanan anda mengikut musim-musim yang anda ingin rasai. Suhu musim panas di Korea lebih kurang je dengan Malaysia dan suhu untuk musim sejuk tersangatlah sejuk iaitu di bawah paras takat beku iaitu 0 celcius. Di Korea, musim sejuk juga mempunya salji dan anda boleh rasai pengalaman yang tiada di Malaysia.
Suhu untuk musim bunga dan luruh pula paling best sebab tak berapa sejuk dan tak berapa panas. Macam suhu aircond la hehe So anda dapat nikmati berjalan di Korea dengan selesa pada musim ni. Pemandangan pun cantik di musim bunga dengan ada nya bunga sakura dan di musim luruh juga kita dapat lihat daun-daun pokok mulai tukar ke warna coklat dan oren sebelum luruh.
Harga pakej kami juga sama sahaja pada setiap musim-musim ini. Apa lagi jom la bersama kami melancong ke Korea.