Kemudahan Solat di Seoul

Kami tahu, apabila travel kadang kala kita akan terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk kita menunaikan solat, terutama kepada traveller Muslim. 

Kini di Korea makin banyak disediakan kemudahan tempat solat untuk para pengunjung. Antaranya ialah,

1. Seoul Mosque

Terletak di Itaewon dan kawasan berbukit. Satu-satunya masjid besar yang ada di Seoul.


2. Incheon International Airport

Terletak di terminal berlepas di Gate 24, tingkat 4.


3. COEX Exhibition and Convention Center Seoul

Terletak di tingkat 3, (berhampiran Hall E) dan waktu dibuka: 03:00~22:00

4. Nami Island

Terletak di tengah tengah pulau Nami, disediakan ruangan solat untuk Muslim dan Muslimat.

5. Lotte World 

Terletak di tingkat 3.

6. KTO Tourist Information Center (TIC) Seoul Office

Terletak berhampiran Chongyecheon Stream, Gyeonbokgung dan Gwanghwamun Stream