Top 10 Korean Street Food

Bagi anda yang sudah melancong ke Korea, tidak sah jika anda tidak merasai masakan gerai gerai di tepi jalan jalan sibuk Korea.
Disini admin sertakan Top 10 makanan gerai yang popular dalam kalangan pelancong dan masyarakat Korea!

 

 


1. Tteokbokki (똑볶이)




Merupakan antara 'trademark' makanan Korea. Tteokbokki (떡볶이) ialah sejenis 'rice cake' yang diperbuat dari tepung beras. Ada pelbagai variasi dari tahap 'kepedasan' dan pastikan anda boleh tahan pedas!

2. Odeng / Omok (오뎅 / 오목)




Odeng ataupun dikenali sebagai omok, merupakan 'pasangan' kepada tteokbokki. Sejenis 'fish cake' dan boleh dicicah bersama kicap soya Korea ataupun dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk mengalas perut!

3. Fish Bread (봉어빵)



Sejenis roti berbentuk ikan yang comel dan intinya biasa terdiri dari pelbagai variasi seperti kacang merah, krim dan kustard. Sedap dimakan panas panas!

4. Hotteok (호떡)




Hotteok merupakan sejenis 'pancake' yang digoreng dan didalamnya terdapat inti seperti kacang, madu, serbuk kayu manis dan gula perang dan rasanya sangat manis!

5. Egg Bread (계란빵)




Dikenali sebagai 'gyeran ppang', merupakan roti dan intinya ialah telur. Sangat lazat sekiranya dimakan panas panas!

6. Grilled Squid (오징어구이)




'Ojingo gui' ataupun sotong panggang banyak dijual di pusat tumpuan pelancong. Ada juga pelbagai variasi selain dari sotong panggang seperti sotong celup tepung, sotong kering. Makan satu pun dah cukup buat anda kenyang!

7. Fried Snacks (튀김)




'Twigim' ialah tempura yang terdiri dari pelbagai jenis. Dari sayur, ubi keledek, sotong dan pelbagai lagi. Tapi pastikan anda hati hati juga, jangan terbeli yang anda tidak boleh makan. Pastikan anda bertanya terlebih dahulu kepada tuan kedai ataupun kepada tour guide sebelum membeli.

8. Steamed Bun (찐빵)




Pau sememangnya popular dalam kalangan negara Asia. Kebanyakkan pau di Korea berintikan kacang merah, tapi pastikan anda 'double check' terlebih dahulu sebelum makan. Sedap makan panas panas!

9. Drug Kimbab (마약김밥)




Dikenali sebagai 'drug kimbab' kerana boleh ketagih jika makan banyak banyak! Merupakan sejenis kimbab, tetapi lebih kecil saiznya. Intinya pelbagai, pastikan anda bertanya juga kepada tuan kedai ataupun kepda tour guide anda sebelum membeli, jangan main ngap sahaja hehe. Sesuai untuk mengalas perut anda
smile emoticonDalgona ialah snek klasik Korea dan hanya diperbuat daripada gula dan 'baking soda' dan mempunyai pelbagai bentuk menarik di tengah tengah seperti bentuk hati, bintang dan sebagainya. Kadang kala anda juga boleh bermain permainan bersama penjual. Dengan makan tanpa merosakkan bentuk ditengah tengah, jika anda berjaya, anda akan dapat makan secara percuma.


10. Dalgona (달고나)




Dalgona ialah snek klasik Korea dan hanya diperbuat daripada gula dan 'baking soda' dan mempunyai pelbagai bentuk menarik di tengah tengah seperti bentuk hati, bintang dan sebagainya. Kadang kala anda juga boleh bermain permainan bersama penjual. Dengan makan tanpa merosakkan bentuk ditengah tengah, jika anda berjaya, anda akan dapat makan secara percuma.