10 PERSEDIAAN MUSIM SEJUK


Musim sejuk di korea adalah antara musim yang merisaukan kerana suhunya boleh mencecah hingga -18 C. Oleh kerana negara korea banyak menggunakan kenderaan awam seperti bas dan keretapi, para pelancong bakal menghadapi cabaran yang besar untuk bersiar-siar di bandar dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk ini
Jadi untuk memudahkan perjalanan dan pengembaraan di korea pada musim sejuk, persediaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu. Di sini kami kongsikan 10 barang penting sebagai persediaan sebelum ke sana


1) Lotion (kulit akan kering dan boleh jadi gatal-gatal bila terlampau sejuk)
2) Sweater
3) Stokin tebal
4) Sarung tangan
5) Baju sejuk
6) Botol air / tisu basah kerana tandas tiada air
7) Hot Pack untuk memanaskan tangan/kaki
8) Duit yg cukup (Bawak Dollar kerana RM agak susah untuk ditukar)
9) Ubat-ubatan yang sesuai (Ada yg sakit ruam juga sebab sejuk)
10) Penutup telinga (Bagi yang tak boleh tahan pressure dalam flight)
(No 2-6 sangat perlu kerana cuaca bawah suhu negatif lebih elok memakai 3-4 lapis pakaian)